Thursday, September 18, 2008

PAS tahu siapa nak LOMPAT!

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Masa Untuk Menyertai PAS

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormat.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Rangkuman 4

Ntahlah...
Malas Aku nak komen...

Tuesday, September 16, 2008

Rangkuman 3


tertipu, pasrah, kecewa, tertunggu-tunggu, marah, fed-up, bengang...


Itu sahaja yang dapat kami gambarkan. Menanti dengan penuh sabar. Dari menjelang Ramadhan, hingga ke awal pagi tadi. Kami tetap berdoa, agar pada pagi 16 September 2008, fajar menyinsing dengan lebih segar dan tenang. Kami mencongak, kami berdiskusi malah kami menaruh harapan, agar kata dikota, janji ditepati dan impian menjadi menyataan. Semuanya sudah kabur...

Sekarang, kami sudah pening, kami sudah kecewa dan kami sudah tidak tahu yang mana satu betul yang mana satu salah. Pihak mana yang berada pada landasan kenyataan dan pihak mana yang berada pada landasan angan-angan semata-mata. Sampai sekarang, kami tidak tahu siapa yang menipu dan siapa yang ditipu...

Jika perubahan untuk melaksanakan Malaysia Baru ini rumit dan memerlukan strategi yang teliti, maka janganlah memberi harapan, jangan beri exact date (16 Sept), janganlah biar rakyat tertunggu-tunggu, kerana ianya amat perit untuk ditelan. Amat sukar menerima kenyataan bila jiwa dan raga, malah hati memberi sepenuh harapan yang akhirnya musnah...

Hentikan dolak-dalik. Hentikan alasan begini begitu. Hentikan spekulasi. Hentikan Populis. Hentikan perpecahan sesama sendiri, Hentikan "masih dalam perbincangan". Hentikan "kita mempunyai Ahli Parlimen yang cukup". Hentikan... Hentikan... Hentikan...

kerana...

KAMI TIDAK MAHU TUNGGU LAGI. CUKUPLAH 51 TAHUN KAMI MENDERITA.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Bukan Angan-Angan Mat Jenin

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin. Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

“Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti KeADILan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.“Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini. Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong. Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi. “Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” katanya.Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu.

Artikel : Jangan Menghina Islam (RPK)

Pada 05 September 2008, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bertindak membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK). Ia melambangkan keprihatinan institusi Islam kerajaan terhadap sebarang unsur yang boleh menggugat kesucian agama Islam. Artikel RPK berjuduk `I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim' dan `Not all Arabs are descendants of the Prophet' dilihat mengandung unsur-unsur menghina Islam.

Soal sama ada tindakan membuat laporan polis itu tepat atau sebaliknya, tidak sepatutnya timbul. Ini kerana agensi kerajaan bertindak berasaskan kuasa dan undang-undang yang wujud. Undang-undang perlu ditegakkan tatkala tabiat manusia tidak lagi terkawal sehingga memudaratkan manusia yang lain (maslahah ‘ammah). Apa lagi ia membabitkan ancaman pemikiran. Ia perlu disekat dengan segera. Iqamat al-hujjah (alasan pertuduhan) sememangnya patut dilakukan tetapi perlu berlandaskan undang-undang. Bukankah kes menghina dan mempertikaikan agama adalah satu jenayah menurut Islam. Ia bukan soal khilafiyyah yang boleh dikompromi. Oleh itu, iqamat al-hujjah tempatnya ialah di mahkamah. Iqamat al-hujjah bukan bermakna debat sekadar menentukan kalah atau menang.

Baca Keseluruhan Artikel? : Jakim (.PDF)

Wayang : Zaid Letak Jawatan

Oleh : Politica

Zaid Ibrahim letak jawatan? Ala acah-acah aje - cuma wayang pekji box office arahan Tingkat Empat! Mana boleh hero Abdullah Badawi nombor satu letak jawatan? Perjuangan dia belum selesai. Zaid letak jawatan kononnya pasal nak jaga prinsip kerana dia dah kritik kerajaan pasal ISA? Ini wayang aje. Sandiwara. Percayalah.

Nak tau sebab kenapa Zaid letak jawatan? Zaid nak orang anggap dia manusia yang paling berprinsip. Zaid nak Bar Council sanjung dia. Zaid nak sejukkan hati Syed Hamid Albar yang jaga ISA. Zaid nak provoke supaya Muhyiddin Yassin juga letak jawatan. Itulah antara sebabnya Zaid main wayang letak jawatan! Ala, sapa yang Zaid nak bodohkan ni? Kita tau sekarang ni Zaid jadi ayam taji Abdullah nombor satu ganti Nazri. Jadi, kalau bukan Abdullah yang suruh Zaid letak jawatan, tak mungkinkah orang-orang Abdullah sendiri yang suruh Zaid acah-acah letak jawatan untuk penuhi seluruh matlamat di atas?

Skrip wayang lakonan Zaid ni jelas sangat. TV bagi liputan istimewa. Dapat publisiti besar, walaupun murahan. Lepas tu, Abdullah reject perletakan jawatan itu. Jadi, Zaid pun boleh berkata: saya pegang teguh prinsip saya. Saya kritik kerajaan, saya letak jawatan. Tapi Abdullah reject niat saya, apa saya nak buat? Itu bukan salah saya. Saya dah letak, tapi Abdullah tak izinkan! Nasib baik Muhyiddin tak melatah. Muhyiddin nampak wayang mainan Zaid. Muhyiddin pun kata, dia tak akan letak jawatan kerana apa yang dia kata pasal peralihan kuasa adalah suara ramai rakyat akar umbi.

Maka Zaid pun lengit. Abdullah juga pun lengit. Perangkap Zaid tak mengena. Muhyiddin tak tergoda oleh provokasi Zaid yang diarahkan oleh Tingkat Empat. Sekarang apa nak jadi? Sapa yang nampak bodoh dalam wayang pekji terbaru ni? Sapa? Zaid? Tingkat Empat? Abdullah? Atau sapa lagi? Tapi tengoklah 18 September ni. Macam mana lagu Majlis Tertinggi UMNO yang akan mesyuarat untuk bincang kes Muhyiddin.

Mungkinkah Najib akan main wayang? Mungkin ada orang lain yang akan main wayang? Pokoknya, kalau ditanya pendirian rakyat jelata, eloklah kalau MT UMNO pecat Muhyiddin pada 18 September ni. Bagus sebab dengan cara ni Abdullah sendiri akan mepercepatkan pengundurannya dari UMNO dan kerajaan! Kalau Abdullah tak percaya, pecatlah Muhyiddin pada mesyuarat tu. Pecat! Lepas tu, tengoklah apa akan jadi kepada Abdullah!

Tindakan Mustafa Wajar...

Oleh : Attakiri

Penulis cukup berterima kasih di atas tindakan Songkok Putih dalam menjawab secara sederhana bagi meredakan pertelingkahan antara pengikut TGNA dan Mustafa Ali. Penulis bukan berniat untuk mencampuri urusan kedua-duanya. Tetapi izinkan penulis untuk memberi sedikit pandangan terhadap kenyataan Mustafa. Bukan berniat untuk menyokong tapi sekadar memberi pandangan rasional mengikut perspektif penulis. Bagi penulis kenyataan Dato’ Mustafa Ali satu kenyataan yang wajar. Bukan beliau bahkan Naib Presiden PAS Tn. Hj. Mohammad bin Sabu pun mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan mempunyai pandangan yang sama. Cuba lihat kenyataan yang dikeluarkan itu adalah sebelum berlakunya mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Mungkin kenyataan ini jugaklah yang membawa kepada DSAI memanggil pimpinan PR untuk bermesyuarat bagi membincangkan isu 16 september ini. Dalam hal ini, penulis cukup terkilan dengan DSAI yang sentiasa membuat kenyataan seolah-olah mewakili PR tetapi perbincangan langsung antara Majlis tidak dibuat. Contohnya pengisytiharan 16 September sebagai tarikh kerajaan ditumbang. Hampir kesemua pimpinan PAS dan DAP tidak dimaklumkan siapa terbabit dan macam mana bentuknya. Sebab itu, penulis cukup bersetuju dengan pandangan Mat Sabu yang menyebut kerajaan 16 september ini adalah kerajaan Anwar, bukan kerajaan PR. Selepas kenyataan Dato’ Mustafa Ali, barulah kedengaran DSAI memanggil Pimpinan PR untuk bermesyuarat. Tiba-tiba timbul isu teguran TGNA terhadap kelakuan terbuka Mustafa.

Penulis bukan berniat untuk membangkang sangat. Tetapi alangkah eloknya TGNA mendengar dahulu penjelasan Mustafa dalam bab ini. Jangan kerana 16 september pimpinan PAS terlibat sama bertelingkah sesama ahli sendiri. Walhal 16 september belum tentu tercapai atau tidak. Kukuhkan ukhuwwah antara pimpinan. Dalam muktamar ini, perwakilan sudah acap kali menegur kepada pimpinan supaya tidak menggunakan blog sebagai tempat untuk menghentam pimpinan yang lain. Nampaknya semua berdegil dan masih terus mengeluarkan pandangan peribadi yang kadang kala bercanggah antara satu sama lain. Kalaulah pimpinan pun tidak menghormati keputusan muktamar. Tidak mustahil perwakilan pun akan hilang hormat terhadap pimpinan terbabit. Kita bergerak atas dasar Gerakan Islam yang menggunakan pilihanraya sebagai wadah. Jangan jadikan Politik melebihi dakwah. Jangan pentingkan kuasa sehingga organisasi menjadi porak peranda. Perkukuhkan negeri PAKATAN RAKYAT dahulu.

Pertukaran kuasa belum tentu bila…. Mungkin 16 september tahun atau mungkin 16 september tahun 2013….Waallahua’lam

Kerajaan Baru ditubuh Esok?!

Anwar Ibrahim sebentar tadi berkata bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan esok. “Malam ini ialah malam Hari Malaysia. Esok, kita bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru.” Beliau memberitahu bahawa Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan sepucuk surat telah dihantar kepada Abdullah Badawi untuk memastikan peralihan kuasa yang licin. “Esok , kita sudah bersedia untuk menubuh kerajaan tetapi masa yang sesuai, bergantung selepas pertemuan dengan Abdullah Badawi.” Beliau berkata demikin dihadapan lebih 25,000 penyokong Pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya untuk menyambut Hari Malaysia. Anwar memulakan ucapan pada jam 10.15 pm berakhir sebentar tadi.

----------------------

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok? Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi. “(Tarikh) 16 September jadi… semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas,” kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar. Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September. Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya. Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini. “Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar,” katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat. “Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini. “Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti),” katanya. Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa. Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: “Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa.”

Links :


Monday, September 15, 2008

PETRONAS in Danger?!

Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.

Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.

Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.

Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.

Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.

Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.

Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.

Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.

Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.

Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

Links :