Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Friday, September 19, 2008

Anwar atau Najib... Lah?


LAH, 10 Pencalonan Pun You Tak Akan Dapat


Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara telah meminta Pak Lah letak jawatan. Bertolak dari situ Pak Lah kini hanya ada dua pilihan; satu pilihan tulen dan satu pilihan palsu.

Andaikan, saya yang bukan ahli UMNO, seorang jahil politik yang terperap di Kelantan ini tahu apa mood semasa mensyuarat MT UMNO yang berlangsung pada petang September 18. Demikian itu izin saya perturunkan satu cadangan ikhlas.

Pak Lah Mengaku Kalah

Menyerah kuasa kepada Najib nampak macam satu pilihan, tetapi sebenarnya bukan. Ia adalah seperti menanda tangani waran hukuman mati untuk Khairy dan Kamaluddin. Dengan menyerahkan kuasa kepada Najib, dijamin kalau tidak pun Najib, orang-orangnya akan pancung dan kuburkan cita-cita politik Khairy, dan empayar perniagaan Kamaluddin akan dicincang lumat.

Muhyiddin Menang

Itu belum lagi diambil kira nasib yang bakal menghempap penyokong-penyokong setia Pak Lah di seluruh negara. Seumpamanya, apa akan jadi pada Azalina? Pada Nazri dan karektor-karektor lain yang selama ini menonjol dalam mendokong dan membela Pak Lah?

Mengapa saya berani buat telahan sedemikian? Ada dua sebab.

  • Pertama, menyerah kepada Najib bererti Pak Lah telah kalah mutlak dan terpaksa melutut kepada tuntutan fraksi dalam UMNO yang menyimpan terlalu banyak dendam terhadapnya.

  • Kedua, jika pun semula jadinya Najib itu bukan seorang yang menyimpan dendam, Pak Lah harus ingat bahawa Tun Dr Mahathir yang bakal masuk semula UMNO sebaik saja Pak Lah meletak jawatan, akan himpit rapat dan bernafas di atas batang tengkok Najib untuk memastikan Najib bertindak memuaskan kehendak ‘suara ramai’ dalam UMNO.

The Old Despot Returns

Anwar adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah.

Berdamailah dengan Anwar dan yakinilah hati budi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang dari PAS. Selama ini mereka mungkin telah menampilkan diri sebagai saingan politik yang garang, tetapi hati budi mereka sebenarnya lembut, kerana mereka lazimnya dipandu al-Quran dan hadith.

Jika Pak Lah tidak yakin dengan pemimpin PR yang lain, Pak Lah pandang sajalah kepada Tuan Guru Nik Aziz. Kenangkan rekod beliau sebagai pemimpin. Pernahkan TG Nik Aziz menganiaya seteru politik yang kalah?

Anwar terhutang budi dengan Pak Lah, itu saya tidak perlu perincikan. Maka itu berkompromilah dengan Anwar. Bincanglah syarat dan terma yang Pak Lah rasa selesa dan selamat, bukan setakat untuk Pak Lah, tetapi juga untuk Khairy dan Kamaluddin. Saya yakin Anwar adalah terlalu bersedia untuk mempertimbang dan memberi ruang.

Pak Lah sudah kesuntukan masa untuk berfikir. Pak Lah perlu bertindak sekarang. Dail saja nombor itu.

-Boneka, Penyu dan SPR

Thursday, September 18, 2008

Anwar Mengadap Agong?

Anwar akan mengadap Yang DiPertuan Agong hari ini.

Beribu-ribu bendera Malaysia telah diagihkan kepada semua bahagian PKR diseluruh negara sebagai persiapan menyambut Malaysia Baru.

Manakala Pak lah sedang bersiap sedia untuk mencekup Anwar dibawah ISA.

Hari yang sangat menarik.

PAS tahu siapa nak LOMPAT!

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Rangkuman 4

Ntahlah...
Malas Aku nak komen...

Sunday, September 14, 2008

Cyber War : Kabilah Haji Hadi ditentang Hebat

Tinggal 2 hari sahaja lagi, D-Day!

Sekarang riuh isu PAS Terengganu. Dimana-mana ada je artikel tentang PAS Terengganu. Ada yang menentang, ada yang menyokong. Yang paling perit terpalit, Kabilah Hadi Hadi. Selaku Presiden PAS, Tok Guru dan Ulama, Haji Hadi tetap disanjung walaupun ramai menentang idealism politiknya mutakhir ini. Mungkin dia diberi ilham olehNYA supaya (secara tidak langsung) menentang arus 916. Mungkin juga dia mempunyai strategi tersendiri untuk menubuhkan kerajaan yang bertulang-belakangkan PAS, bukannya PKR yang secara terangan tidak menerima Kerajaan Islam. Yang pasti, kenapa umat islam sendiri melatah, tidak sabar menunggu detik 916 sehinggakan Kabilah Haji Hadi ditentang sehebat-hebatnya!

Tapi suasana berubah apabila pimpinan besar PAS sendiri melaungkan penentangan terhadap Kabilah Haji Hadi ini. Ah! mungkin benar ada perpecahan di dalam PAS. Secara terang-terangan serangan di buat terhadap PAS Terengganu. Apakah yang ditawarkan kepada mereka? Apa yang Ustaz Nasha bincang di dalam perjumpaan UMNO-PAS? Adakah PAS benar-benar akan berpecah? Apa reaksi TGNA yang secara terang-terangan menyokong Anwar dan PR?

Politik tidak seindah dan sesenang yang seperti yang digambarkan

Mungkin ini adalah salah satu pembersihan di dalam perjuangan, membuang duri dalam daging!

Saturday, September 13, 2008

Chaos!!

Belum habis dengan krisis dalaman Pakatan Rakyat, Barisan Nasional telah memulakan tindakan drastik dengan beberapa siri penahanan anggota-anggota Pakatan Rakyat. Jelas, ini adalah langkah untuk menggagalkan Projek 16 September. Nah! sekarang Anwar Ibrahim and the gangs amat memerlukan Plan B, atau mungkin Plan C.

PAS yang dikatakan akan berpecah ekoran beberapa pimpinan tertinggi yang secara tidak langsung menunjukkan reaksi negatif setibanya tarikh keramat, kini Pakatan Rakyat berdepan dengan ujian getir. Lebih getir berbanding Kes Mahkamah Anwar sendiri. Sekarang aku nampak, jalan ke Putrajaya semakin malap, dan maybe keretapi Anwar benar-benar terkandas sebelum sampai ke Putrajaya.

Anwar yang terkenal dengan winning strategies, mungkin tersungkur disaat-saat akhir. Operasi Lalang 2 benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Apakah yang berputar dalam fikiran bakal PM ke-6 ini? Sama-sama kita menantikan apa yang kan terjadi selepas ini. Yang pasti, landskap politik tanah air akan berubah selepas ini.

Para pendukung wadah perjuangan PAS apa kata anda?
Para penyokong PKR apa pandangan anda?
Para pejuang DAP, apa pula ingin anda luahkan?

Berikut adalah links terkini isu semasa politik di Malaysia :
  1. RPK arrested under ISA
  2. Teresa Kok arrested under ISA
  3. Tan Hoon Cheng arrested under ISA
  4. Ops Lalang 2 - Launched!

Friday, September 12, 2008

Ada Sesuatu Tak Kena Ni...?!

Aku agak obses mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa berhubung dgn proses peralihan kuasa yang diwar-warkan pada 16 September 2008 ini. Malah aku secara peribadi menulis komentar di dalam blog DSAI, merayu untuk DSAI merealisasikan projek 3P ini secepat mungkin. Aku sebagai pelajar amat terkesan dengan pelbagai jenis kezaliman yang menekan hidup aku, hasil usaha daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Akhir-akhir ini aku dah naik bingung. Aku dah jemu dan jelek dengan mainan politik pihak atasan. Banyak pula khilaf dan pendapat tentang 16 September ini. Dulu, semua nampak sepakat, tapi makin hampir dengan tarikh keramat ini, makin banyak pula orang menyalak gila. Dari provokasi dan mainan politik kotor pemerintah sehingga perang saraf dalam Pakatan Rakyat sendiri, ada je yang tidak kena. Ada je suara sumbang yang cuba dictate tempo projek 3P ini. Aku sebagai mahasiswa ini, melopong dan ternganga menanti detik yang aku kira setiap saat, dan aku yakin aku tidak berkeseorangan. Ramai lagi yang berharap 16 September ini menjadi kenyataan. Kami mahu merasakan hidup sebagai rakyat di dalam Negara Berkebajikan, seperti yang dijanjikan.

Berikut adalah antara pimpinan tinggi PAS yang membuat kenyataan yang aku rasa, secara tidak langsung melawan arus di dalam mencapai 16 September 2008 :
Dan, berikut adalah berita penangguhan 16 September :
....apa semua ini? Belum lagi tubuh kerajaan, dah bersimpang siur kesemuanya. Aku sekarang sudah tidak pasti tentang 16 September, adakah aku hanya menaruh harapan kosong? Yang pasti, rakyat bawahan yang teruk terkesan.

16 ke, 20 ke, 16 ke, 20 ke, ke tak jadi?

Come on guys, make up your mind. Please...