Showing posts with label Malaysia Baru. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Baru. Show all posts

Friday, September 19, 2008

Anwar atau Najib... Lah?


LAH, 10 Pencalonan Pun You Tak Akan Dapat


Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara telah meminta Pak Lah letak jawatan. Bertolak dari situ Pak Lah kini hanya ada dua pilihan; satu pilihan tulen dan satu pilihan palsu.

Andaikan, saya yang bukan ahli UMNO, seorang jahil politik yang terperap di Kelantan ini tahu apa mood semasa mensyuarat MT UMNO yang berlangsung pada petang September 18. Demikian itu izin saya perturunkan satu cadangan ikhlas.

Pak Lah Mengaku Kalah

Menyerah kuasa kepada Najib nampak macam satu pilihan, tetapi sebenarnya bukan. Ia adalah seperti menanda tangani waran hukuman mati untuk Khairy dan Kamaluddin. Dengan menyerahkan kuasa kepada Najib, dijamin kalau tidak pun Najib, orang-orangnya akan pancung dan kuburkan cita-cita politik Khairy, dan empayar perniagaan Kamaluddin akan dicincang lumat.

Muhyiddin Menang

Itu belum lagi diambil kira nasib yang bakal menghempap penyokong-penyokong setia Pak Lah di seluruh negara. Seumpamanya, apa akan jadi pada Azalina? Pada Nazri dan karektor-karektor lain yang selama ini menonjol dalam mendokong dan membela Pak Lah?

Mengapa saya berani buat telahan sedemikian? Ada dua sebab.

  • Pertama, menyerah kepada Najib bererti Pak Lah telah kalah mutlak dan terpaksa melutut kepada tuntutan fraksi dalam UMNO yang menyimpan terlalu banyak dendam terhadapnya.

  • Kedua, jika pun semula jadinya Najib itu bukan seorang yang menyimpan dendam, Pak Lah harus ingat bahawa Tun Dr Mahathir yang bakal masuk semula UMNO sebaik saja Pak Lah meletak jawatan, akan himpit rapat dan bernafas di atas batang tengkok Najib untuk memastikan Najib bertindak memuaskan kehendak ‘suara ramai’ dalam UMNO.

The Old Despot Returns

Anwar adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah.

Berdamailah dengan Anwar dan yakinilah hati budi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang dari PAS. Selama ini mereka mungkin telah menampilkan diri sebagai saingan politik yang garang, tetapi hati budi mereka sebenarnya lembut, kerana mereka lazimnya dipandu al-Quran dan hadith.

Jika Pak Lah tidak yakin dengan pemimpin PR yang lain, Pak Lah pandang sajalah kepada Tuan Guru Nik Aziz. Kenangkan rekod beliau sebagai pemimpin. Pernahkan TG Nik Aziz menganiaya seteru politik yang kalah?

Anwar terhutang budi dengan Pak Lah, itu saya tidak perlu perincikan. Maka itu berkompromilah dengan Anwar. Bincanglah syarat dan terma yang Pak Lah rasa selesa dan selamat, bukan setakat untuk Pak Lah, tetapi juga untuk Khairy dan Kamaluddin. Saya yakin Anwar adalah terlalu bersedia untuk mempertimbang dan memberi ruang.

Pak Lah sudah kesuntukan masa untuk berfikir. Pak Lah perlu bertindak sekarang. Dail saja nombor itu.

-Boneka, Penyu dan SPR

Thursday, September 18, 2008

Anwar Mengadap Agong?

Anwar akan mengadap Yang DiPertuan Agong hari ini.

Beribu-ribu bendera Malaysia telah diagihkan kepada semua bahagian PKR diseluruh negara sebagai persiapan menyambut Malaysia Baru.

Manakala Pak lah sedang bersiap sedia untuk mencekup Anwar dibawah ISA.

Hari yang sangat menarik.

PAS tahu siapa nak LOMPAT!

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Masa Untuk Menyertai PAS

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormat.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Rangkuman 4

Ntahlah...
Malas Aku nak komen...

Tuesday, September 16, 2008

Rangkuman 3


tertipu, pasrah, kecewa, tertunggu-tunggu, marah, fed-up, bengang...


Itu sahaja yang dapat kami gambarkan. Menanti dengan penuh sabar. Dari menjelang Ramadhan, hingga ke awal pagi tadi. Kami tetap berdoa, agar pada pagi 16 September 2008, fajar menyinsing dengan lebih segar dan tenang. Kami mencongak, kami berdiskusi malah kami menaruh harapan, agar kata dikota, janji ditepati dan impian menjadi menyataan. Semuanya sudah kabur...

Sekarang, kami sudah pening, kami sudah kecewa dan kami sudah tidak tahu yang mana satu betul yang mana satu salah. Pihak mana yang berada pada landasan kenyataan dan pihak mana yang berada pada landasan angan-angan semata-mata. Sampai sekarang, kami tidak tahu siapa yang menipu dan siapa yang ditipu...

Jika perubahan untuk melaksanakan Malaysia Baru ini rumit dan memerlukan strategi yang teliti, maka janganlah memberi harapan, jangan beri exact date (16 Sept), janganlah biar rakyat tertunggu-tunggu, kerana ianya amat perit untuk ditelan. Amat sukar menerima kenyataan bila jiwa dan raga, malah hati memberi sepenuh harapan yang akhirnya musnah...

Hentikan dolak-dalik. Hentikan alasan begini begitu. Hentikan spekulasi. Hentikan Populis. Hentikan perpecahan sesama sendiri, Hentikan "masih dalam perbincangan". Hentikan "kita mempunyai Ahli Parlimen yang cukup". Hentikan... Hentikan... Hentikan...

kerana...

KAMI TIDAK MAHU TUNGGU LAGI. CUKUPLAH 51 TAHUN KAMI MENDERITA.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Bukan Angan-Angan Mat Jenin

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin. Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

“Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti KeADILan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.“Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini. Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong. Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi. “Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” katanya.Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu.

Kerajaan Baru ditubuh Esok?!

Anwar Ibrahim sebentar tadi berkata bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan esok. “Malam ini ialah malam Hari Malaysia. Esok, kita bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru.” Beliau memberitahu bahawa Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan sepucuk surat telah dihantar kepada Abdullah Badawi untuk memastikan peralihan kuasa yang licin. “Esok , kita sudah bersedia untuk menubuh kerajaan tetapi masa yang sesuai, bergantung selepas pertemuan dengan Abdullah Badawi.” Beliau berkata demikin dihadapan lebih 25,000 penyokong Pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya untuk menyambut Hari Malaysia. Anwar memulakan ucapan pada jam 10.15 pm berakhir sebentar tadi.

----------------------

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok? Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi. “(Tarikh) 16 September jadi… semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas,” kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar. Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September. Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya. Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini. “Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar,” katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat. “Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini. “Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti),” katanya. Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa. Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: “Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa.”

Links :