Tuesday, September 16, 2008

Artikel : Jangan Menghina Islam (RPK)

Pada 05 September 2008, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bertindak membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK). Ia melambangkan keprihatinan institusi Islam kerajaan terhadap sebarang unsur yang boleh menggugat kesucian agama Islam. Artikel RPK berjuduk `I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim' dan `Not all Arabs are descendants of the Prophet' dilihat mengandung unsur-unsur menghina Islam.

Soal sama ada tindakan membuat laporan polis itu tepat atau sebaliknya, tidak sepatutnya timbul. Ini kerana agensi kerajaan bertindak berasaskan kuasa dan undang-undang yang wujud. Undang-undang perlu ditegakkan tatkala tabiat manusia tidak lagi terkawal sehingga memudaratkan manusia yang lain (maslahah ‘ammah). Apa lagi ia membabitkan ancaman pemikiran. Ia perlu disekat dengan segera. Iqamat al-hujjah (alasan pertuduhan) sememangnya patut dilakukan tetapi perlu berlandaskan undang-undang. Bukankah kes menghina dan mempertikaikan agama adalah satu jenayah menurut Islam. Ia bukan soal khilafiyyah yang boleh dikompromi. Oleh itu, iqamat al-hujjah tempatnya ialah di mahkamah. Iqamat al-hujjah bukan bermakna debat sekadar menentukan kalah atau menang.

Baca Keseluruhan Artikel? : Jakim (.PDF)

No comments: